Sejarah tertubuhnya AS-LI K9's adalah bermula dari pertemuan kami... melalui salah satu laman sosial di internet [ harap tidak kisah jika kami rahsiakan, tapi bukan facebook ye...].
Kami mendapat idea untuk berniaga adalah bermula daripada
1) Seorang teman yang membuat kiriman barang [tudung bawal] dari negeri kelahiran saya iaitu Kelantan.
2) Kami juga membuat target untuk bersatu iaitu berkahwin pada akhir tahun 2011 dan ingin menambahkan pendapatan sampingan bagi menampung pembiayaan perkahwinan kami.
3) Permintaan dari pelanggan yang bertambah dari hari ke hari memberi idea untuk kami memperluaskan dan menambah item barang jualan kami.
4) Dan seterusnya [ penat dah nak taip tentang cerita lama nie] kami berakhir dengan menjual kopi [ keluaran cemara-p] pada pertengahan tahun ini.
5) Kami masih lagi meneruskan perniagaan ini secara sederhana disebabkan oleh kekangan modal dan juga masa .
Hasil daripada idea di atas, Kami telah menjual
1) lebih 100 pasang kain pasang pada tahun 2010
2) lebih 500 helai tudung pada tahun 2010
3) lebih 50 pasang telekung pada tahun 2010
4) lebih 50 helai kain batik dan kain pelikat pada tahun 2010.
Daripada hasil jualan itula kami dapat meneruskan niat kami untuk bersatu awal setahun iaitu pada 18 Nov 2010. Alhamdulillah!!!
Memang betul!!! jika kita bernekad.. InsyaAllah semuanya akan menjadi kenyataan .
apa itu AS-LI K9's
AS - asmaliza
LI - Rosli
K - Kelantan
9 - Negeri sembilan.
Doakan semoga jodoh kami dan perniagaan kami sentiasa berkekalan dan dapat memberi manfaat kepada semua...
INSYAALLAH!!!!!
No comments:
Post a Comment