AS - LI KNINE
- As-Li KNine
- Kuantan, Pahang, Malaysia
- Menjual produk fabrik (telekung [kelantan], kain pasang , tudung ,cadar ) produk kesihatan [ Bantal panas, sabun muka dan badan], Elken - Papan Guasa , Minyak Guasa
Sunday, 1 April 2012
KAITAN ANTARA KULIT, TIDUR DAN GEMUK
Kulit membaiki sel-selnya ketika kita tidur. Malahan kegiatan membaiki sel-sel berada pada kemuncaknya ketika kita tengah tidur lena. Fasa tidur yang biasa membolehkan badan kita mengekalkan putaran hormon yang normal, yang mana berkaitan rapat dengan kulit sihat.
Kajian menunjukkan paras hormon berubah turun naik apabila corak tidur terganggu dan ini ada kaitan dengan jerawat dan masalah kekeringan. Lagipun, apabila kita cukup rehat, kita akan kurang stress yang mana biasanya memberi kesan pada kulit.
Cara tidur boleh memberi kesan pada kulit wajah: Dermatologist boleh mengenal bahagian sebelah muka yang mana kita selalu tidur dengan melihat pada kedutan di wajah kita. Untuk mengatasi masalah ini, amalkan tidur menelentang menggunakan bantal besar lembut, bukan sintetik bersarungkan satin.
Cukup tidur juga membantu mengawal kenaikan berat badan.
Menurut penulis buku Woman guide to sleep disorder, Dr Mier Kryger kajian menunjukkan tidak cukup tidur boleh menaikkan selera dan menjurus kepada kegemukkan. Tempoh tidur yang pendek mengubah paras kawalan hormon selera iaitu leptin dan ghrelin, membuatkan seseorang mahu makan banyak." Badan melalui beberapa perubahan hormon dan metabolik ketika tidur dan apabila kurang tidur ia akan mengganggu proses ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment