AS - LI KNINE

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Menjual produk fabrik (telekung [kelantan], kain pasang , tudung ,cadar ) produk kesihatan [ Bantal panas, sabun muka dan badan], Elken - Papan Guasa , Minyak Guasa

Tuesday, 28 February 2012

CMR-KOPI DELIMA


HARGA :
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Rasailah kelazatan produk terbaru keluaran Cemara-P sambil menikmati khasiat buah Acai Berry dalam secawan kopi!

Delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Didalamnya mempunyai beratus-ratus biji.
Khasiat buah delima :-
* Buah ini mengandungi zat besi,kalsium,folforus,vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
* Dalam perubatan cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima.
* Delima juga baik untuk perut, membersihkan kahak dan lendir pada dada, menyembuhkan penyakit batuk dan sakit paru-paru.
* Menguatkan usus, membersihkan tekak dan bertindak sebagai ubat batuk.
* Mengurangkan lemak badan, menghentikan cirit-birit, melawas air kencing, menyucikan perut, mencegah muntah, menguatkan anggota badan, menyembuh penyakit  kuning dan mengurangkan panas badan.
Sabda RS : Makanlah delima dengan lemaknya,sebagai penyamak (pembersih) perut.

  

2 comments:

  1. Khasiat Delima

    Di Jepun, buah delima telah terkenal untuk dijadikan jus sebagai makanan kesihatan yang terbaik dan berkhasiat.

    Berkesan untuk merawat sakit jantung, tekanan darah tinggi, memberi tenaga dan untuk wanita yang ingin cantik, inilah jawapannya. Khasiatnya bukan sahaja menyihatkan sistem badan tetapi mampu mencantikkan dan mencerahkan kulit.

    Amat sesuai di ambil setiap hari sebagai makanan tambahan yang mampu membuatkan anda gembira dengan perubahan baik diri anda.

    ReplyDelete
  2. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

    Rasulullah bersabda,

    “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

    (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

    Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

    Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

    Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

    - Membaikpulih fungsi hati dan limpa
    - Mencuci buah pinggang dan salur kencing
    - Membantu penghadaman
    - Membuang lemak-lemak berlebihan
    - Menambah tenaga
    - Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
    - Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
    - Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran
    darah
    - Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
    - Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit
    lemah tenaga batin
    - Mencantikan kulit

    Dari kajian perubatan moden Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

    - Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding
    pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah
    tersumbat dan mengeras yang menjadi punca
    penyakit jantung
    - Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di
    kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika
    mengambil Delima sebanyak 50cc setiap hari
    selama 2 minggu
    - Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di
    Jepun terdapat laporan yang menggalakkan
    pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati
    penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
    menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan
    banyak lagi khasiat lain .

    ReplyDelete