AS - LI KNINE

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
Menjual produk fabrik (telekung [kelantan], kain pasang , tudung ,cadar ) produk kesihatan [ Bantal panas, sabun muka dan badan], Elken - Papan Guasa , Minyak Guasa

Tuesday, 28 February 2012

CMR-KOPI MOCHA WALIT

HARGA :
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Rasailah kelazatan produk terbaru keluaran Cemara-P sambil menikmati khasiat buah Acai Berry dalam secawan kopi!
Khasiat Sarang Walit :-
* Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
* Zat Kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
* Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
* Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
* Mengurangkan kesan nikotin dan mencegah serangan barah bagi perokok.

CMR-CAPPOCINO

HARGA :
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Rasailah kelazatan produk terbaru keluaran Cemara-P sambil menikmati khasiat buah Acai Berry dalam secawan kopi!
Kelebihan Cappucino Collagen :-
Fungsi Collagen
* Membantu memulihkan keanjalan kulit.
* Mencegah kulit daripada berkedut akibat proses penuaan.
* Mencantikkan kulit.
* Menjaga kesihatan kuku, kulit dan rambut.
Fungsi Vitamin C
* Membantu menyatukan sel-sel tubuh.
* Menguatkan dinding saluran darah.
* Mengekalkan kesihatan gusi.
* Membantu dalam penyerapan zat besi oleh usus.

CMR-KOPI MANGGIS

HARGA
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Manggis ( Garcinia Mangostana L ) sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kerana diketahui mengandungi Xanthone sebagai anti-oksidan, anti-proliferatif, anti-inflamasi dan anti-mikrobial. Sifat anti-oksidan manggis melebihi vitamin E dan vitamin C.
Antara Khasiat Buah Manggis :-
* Menguatkan sistem immunisasi.
* Melawan keradangan.
* Memperbaiki komunikasi sesama sel.
* Mencegah kerosakan DNA.
* Membantu sistem limfa.
* Memastikan tiroid berfungsi secara optimum.
* Mengurangkan tentangan insulin.
* Mengurangkan lemak tubuh.
* Memulihkan kerosakan saraf.
* Mengimbangi sistem endokrin.
* Membantu sinergi tubuh badan.
* Mengurangkan hemorroid ( pembengkakan dan peradangan pada pembuluh darah balik (vena) pada daerah rektum atau anus ).
* Membantu menyembuhkan luka.
* Meredakan neurodermatitis - melegakan kegatalan pada kulit.

CMR-KOPI DELIMA


HARGA :
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Rasailah kelazatan produk terbaru keluaran Cemara-P sambil menikmati khasiat buah Acai Berry dalam secawan kopi!

Delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Didalamnya mempunyai beratus-ratus biji.
Khasiat buah delima :-
* Buah ini mengandungi zat besi,kalsium,folforus,vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
* Dalam perubatan cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima.
* Delima juga baik untuk perut, membersihkan kahak dan lendir pada dada, menyembuhkan penyakit batuk dan sakit paru-paru.
* Menguatkan usus, membersihkan tekak dan bertindak sebagai ubat batuk.
* Mengurangkan lemak badan, menghentikan cirit-birit, melawas air kencing, menyucikan perut, mencegah muntah, menguatkan anggota badan, menyembuh penyakit  kuning dan mengurangkan panas badan.
Sabda RS : Makanlah delima dengan lemaknya,sebagai penyamak (pembersih) perut.

  

CMR-HABBATUS SAUDA'

HARGA
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Habbatus Sauda' adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji habbatus sauda'. Mengandungi lebih daripada 67 bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus Sauda' ialah satu supplement atau ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.
Kebaikan dan khasiat habbatus sauda' :-
* Meningkatkan sistem imunisasi badan.
* anti tumor.
* anti-bakteria.
* anti-radang.
* menggalakkan pengeluaran susu ( bagi ibu melahirkan bayi ).
* anti inflamasi - mengubati perih/radang tenggorokan.
* anti arthritis - mengubati reumatik.
* mengubati sakit gigi dan sakit kepala.
* mengatur kitaran haid.
* mengubati demam dan flu.
* mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* mengubati jerawat dan eksim.
" Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi ( Pengubatan cara Nabi ) yang ditulis Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek "

CMR-KOPI GOJI


HARGA
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Goji adalah buah unik mengandungi nutrien untuk kesihatan. Goji mula diiktiraf sebagai buah yang mengandungi banyak nutrien dan mempunyai ciri-ciri anti oksidan. Ia telah diamalkan dalam perubatan tradisi cina selama lebih 5000 tahun.
Antara Khasiat Goji :-
* memanjangkan usia,menghalang diri daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
* meningkatkan tenaga dan kekuatan badan, terutamanya apabila melawan penyakit.
* Awet muda. Goji merangsang rembesan hormon remaja.
* mengekalkan tekanan darah yang sihat.
* mengurangkan risiko kanser.
* mengimbangkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
* membantu mengurangkan berat badan.
* melegakan sakit kepala dan pening.
* melegakan imsomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
* mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan.
* menguatkan jantung.
* menghalang pengoksidaan lipid.
* meningkatkan sistem imunisasi ( T-Cell, IL-2, IgA,IgG )
* menghalang tumbesaran tumor.
* Menempatkan semula dan membaik pulih DNA
* meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet.
* mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
* merawat simptom-simptom menopause.

CMR-KOPI ACAI BERRY


HARGA :
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Rasailah kelazatan produk terbaru keluaran Cemara-P sambil menikmati khasiat buah Acai Berry dalam secawan kopi!
Kelebihan Kandungan Kopi Acai Berry :-
Acai Berry :-
Melalui kajian yang telah di jalankan oleh pengamal perubatan profesional di Amerika Syarikat, buah beri acai dikatakan mengandungi pelbagai zat seperti besi,kalsium,karbohidrat,serat dan anti-oksidan. Buahnya turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting termasuklah vitamin B, E, Asid Lemak (fatty acid), Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.
Wolfberry:-
Buah goji juga kaya dengan 18 jenis amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren. Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan anti-oksida tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran.
Blueberry :-
Merupakan salah satu buah yang kaya dengan khasiat. Kajian dari Universiti of Michigan Cardiovaskular Center menemukan buah berwarna gelap ini boleh mengurangi lemak perut dan menurunkan risiko penyakit jantung serta sindrom metabolik. Kajian juga menyatakan, diet yang kaya blueberry berfungsi menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan kawalan glukosa dan insulin, menurunkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Antara khasiat lain buah blueberry ialah sebagai anti-oksida, membantu merawat kanser, membaiki fungsi mata dan banyak lagi.
Bilberry :-
Buah bilberry mempunyai daya penyembuhan dan kesan pemulihan untuk pelbagai penyakit, antaranya ialah :
- Tekanan darah tinggi
- Menentang inflamasi
- Pembentukan kolagen
- Merawat glaukoma (penyakit mata beransur-ansur buta)
- Sendi menjadi bengkak
- Ketiadaan haid secara abnormal.
- Memperkuatkan kapilari.
- Pencegahan / rawatan artristis reumatik.

Pomegranate :-
Delima kaya dengan sodium,riboflavin,thiamin,niacin,vitamin C,kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung, melegakan cirit birit, disentri, membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Purple Grape :-
Buah anggur ungu mengandungi resvetarol sejenis agen anti-oksida yang menentang kanser dengan berkesan. Antara kebaikan anggur ungu ialah ;
- Anti penuaan.
- Anti inflamasi.
- Kelenturan arteri.
- Kesihatan sistem jantung.
- Pencegahan kanser prostat.
- Anti bakteria / virus.
- Anti oksida.
- Kesihatan otak , kulit dan mata.
- Merawat gastrik.

White Grape :-
Buah anggur putih memberi spektrum perlindungan anti-oksida. Komponen jus buah anggur dilaporkan boleh mengurangkan risiko terhadap kanser, strok, sakit jantung dan kehilangan daya ingatan.
Prune :
Buah prun mempunyai khasiat seperti kadar serat larut dan tidak larut, mineral seperti potassium dan zat besi serta vitamin sepert A,C dan K yang tinggi. Ia nya juga mempunyai kadar anti oksida yang tinggi dan berbagai khasiat lain.

CMR- KOPI SUPER HALIA

HARGA :
RM24.00 (WM)
RM28.00 (EM)
Rasailah kelazatan produk terbaru keluaran Cemara-P sambil menikmati khasiat buah Acai Berry dalam secawan kopi!
Khasiat halia :-
* Membantu menghadamkan makanan.
* Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
* Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
* Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
* Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
* Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum.
* Menghilangkan bau busuk mulut.

Qoute for today!!!

Leadership: The art of getting someone else to do something you want done because he wants to do it.

K99K-KERONGSANG CK RAHIM

RM8.00

RM4.00

RM4.00

RM4.00

Sunday, 26 February 2012

K99K-SABUN MADU DENGAN EMAS ASLI

RM6.00
Sabun muka daripada gabungan madu lebah asli dan serbuk emas 24k yang mampu menghaluskan, mencerahkan, melembabkan, menghilangkan kerutan, mengembalikan keremajaan kulit wajah serta memberi keserian kepada kulit wajah supaya kelihatan sihat bercahaya. KEISTIMEWAAN : - Menghilangkan dan mengurangkan kerutan pada kulit wajah dengan anti penuaan daripada emas 24k - antibakteria di dalam madu membantu merawat masalah jerawat/resdung/fungus - Kandungan AHA di dalam madu membantu pertumbuhan sel kulit baru yang sihat - Menyejukkan kulit dan merawat kulit yang mengelupas akibat penggunaan bahan kimia - Memberi cahaya / keserian kepada kulit - Memberi kelembapan kulit serta membantu mengimbangi semula lebihan minyak di kulit muka (sesuai utk semua jenis kulit) - Membuang sel kulit mati dan menggantikan sel kulit baru. Wajah akan menjadi kemerah-merahan, lebih cantik dan cerah berseri -Mengurangkan jerawat / pigmentasi -Mengatasi masalah ruam dan juga kudis kecil yang sering di alami oleh anak-anak. - Sangat lembut dan amat sesuai juga digunakan sebagai sabun mandi bayi - Sesuai untuk merawat kulit badan bersisik, terkena panu atau kayap Bahan&Kandunga: Ekstrak madu lebah asli, Ekstrak serbuk emas 24k, Minyak Jojoba

K99K-CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN SABUN SUSU BERAS

RM6.00
Anda mempunyai masalah jerawat atau kulit? Anda risau kerana masalah jerawat masih tidak dapat diselesaikan setelah menggunakan pelbagai jenis produk dari jenama terkenal?

Pernahkah anda mendengar Sabun Susu Beras? Pada zaman dahulu, selain dijadikan sebagai makanan, beras juga digunakan untuk menjaga kecantikan terutama wajah.

Susu beras memang diakui dapat menyelesaikan masalah kulit dengan berkesan.
Kini terdapat cara yang lebih mudah yang disediakan untuk anda . Sabun ini diperbuat dari 100% estrak susu beras jasmine terbaik yang kaya dengan vitamin B dan berkhasiat bagi kecantikan kulit wajah dan badan. Ia juga dapat melembut, menghaluskan serta mencerahkan kulit dan menjadikannya semakin sihat dan bermaya.
Ia juga dapat membantu menyeimbangkan tona warna kulit anda.

Dengan penggunaan yang berterusan, Sabun Susu Beras  dapat membantu merawat semula kulit anda yang mengalami masalah seperti jerawat. Sabun Susu Beras  amat sesuai untuk semua jenis kulit. Sabun Susu Beras  selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia. Untuk mencegah dan menghilangkan jerawat serta mencerahkan kulit pada wajah anda, cubalah SABUN SUSU BERAS  hari ini.

K99K-BANTAL PANAS KESIHATAN


RM40.00
 Bantal ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan. Bahan fabrik bantal ini diperbuat dari bahan anti-kuman/bakteria .Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat yang cukup bersih . Bantal panas kesihatan ini tahan lama sehingga boleh mencapai lebih dari 4 jam dan suiz kawalannya dapat menyelaraskan kepanasan cecair di dalamnya secara automatik dimana dapat mengelakkan suhu yang berlebihan. jaringan wayar kelulinya dapat menyalurkan kepanasan denagn mudah sekali.

Friday, 24 February 2012


Perbezaan dengan mula2 kawin dan sekarang

cara2 penyediaan minuman Apple fiber stem cell






Cara-cara Untuk Mengenalpasti Peluang Perniagaan


Perniagaan bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini, selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan. Bukannya mudah untuk mengenal pasti peluang perniagaan, semua jenis perniagaan yang hendak kita lakukan, kebanyakkannya telah dijalankan oleh orang lain. Oleh yang demikian, kita takut menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana kita tidak dapat mengenal pasti peluang perniagaan. Tetapi peluang ini terdapat pada seseorang yang mempunyai sifat-sifat keusahawanan.


Semua jenis perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada DAYA PEMIKIRAN. Berikut disenaraikan beberapa cara yang usahawan-usahawan gunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.

i. Daya Fikiran

Gunakan daya fikiran untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang dilihat, supaya ia dijadikan barang perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan daya pemikiran untuk membayangkan sesuatu yang boleh menimbulkan keuntungan. Dengan lain perkataan, kebolehan imaginasi untuk menimbulkan perkara atau barang baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpullah beramai-ramai dan adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan idea baru.

ii. Melalui Masalah Yang Ada

Segala aktiviti-aktiviti manusia mesti menempuhi masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal berkenaan dengan kehidupan manusia mesti menempuhi masalah. Walaupun sekarang zaman sains dan teknologi moden, manusia tetap mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak mempunyai masalah. Jadi dengan masalah-masalah ini, kita boleh menukarkannya menjadi punca masalah. Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala.



iii. Melalui Keperluan Manusia

Sememangnya kehidupan manusia, tidak kira apa bangsa memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Manusia perlu makan dan minum, perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan serta keselamatan. Keperluan-keperluan ini biasanya berterusan tanpa berhenti selagi seseorang itu masih hidup. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia, usahawan terpaksa memikirkan barangan-barangan dan perkhidmatan yang baru untuk memuaskan hati manusia. Keperluan kepuasan hidup memang luas, boleh dikatakan dari segi makanan, keselamatan, kewangan, hiburan, pakaian dan lain-lain. Keperluan semulajadi manusia telah menimbulkan beberapa jenis barangan seperti radio, televisyen dan telefon.

iv. Mengkaji Selidik Barang Yang Ada

Barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada sekarang merupakan daya cipta, dan ubahan usahawan dahulu supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Tetapi oleh kerana aktiviti penghidupan manusia terus berubah, barangan yang ada sekarang juga perlu diubah dan dikaji selidik.Pengubahan kepada barangan yang ada dan rekaan barang-barang baru untuk barang-barang yang ada akan menampakkan bahawa barang itu barangan baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya.


v.Meneliti Permintaan Pasaran

Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke semasa. Misalnya, pisang emas dan manggis untuk dieksport ke Jepun. Pucuk asparagus untuk dieksport ke Amerika Syarikat. Dalam segi perkhidmatan perniagaan, permintaan pengguna mewujudkan pasar tani dan pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan.


vi. Meneliti Perkembangan Ekonomi Dan Pembangunan Negara

Ekonomi negara juga berubah dari semasa ke semasa. Projek-projek pembangunan juga ada dari semasa ke semasa. Dengan adanya aktiviti ini, usahawan dapat mengenal pasti di mana projek-projek ini akan diadakan dan bagaimana kita boleh mencebur diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya apabila ada rancangan Pembangunan Bandar Sungai Buluh, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya, dan peniaga-peniaga lain berebut-berebut membeli tanah di Sungai Buluh. Sehubungan dengan rancangan ini, banyak projek-projek perumahan telah didirikan sebagai mengambil langkah merebut peluang perniagaan. Jika ada pembangunan dan projek baru, akan ada juga peluang pembangunan yang baru.

vii.Melalui Pergaulan Harian

Perhubungan dan pergaulan harian kita dapat memberi peluang perniagaan kepada kita. Dengan cara mengumpulkan maklumat-maklumat yang diberi, mungkin ia dapat diubah kepada satu perniagaan dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang perniagaan. Misalnya jika kita bergaul dengan pengurus bank, sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang kita bincangkan bersama dapat dijadikan perniagaan. Lihat apa yang diusahakan oleh rakan-rakan kita. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang di sekeliling kita, proseskan, maklumat ini sebagai sumber perniagaan.

viii.Melalui Bacaan

Segala idea-idea baru yang diketahui oleh orang ramai melalui bacaan. Segala teknologi baru yang akan dikeluarkan biasanya disiarkan di suratkhabar atau di majalah. Jadi sebagai bakal usahawan, seseorang itu mestilah cepat mendapat maklumat-maklumat ini dan bertindak segera sebelum diketahui orang lain. Peluang-peluang perniagaan banyak terdapat di suratkhabar tetapi orang ramai tidak dapat mengenal pastinya sama ada ianya peluang perniagaan. Hanya orang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan. Misalnya, suratkhabar dan majalah selalu mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa kita kepada peredaran pasaran, pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.

viiii. Melalui Kemahiran Yang Ada

Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan atau kemahiran ini boleh mereka jadikan barang-barang baru untuk dijual. Contohnya, tukang-tukang besi yang membuat pagar-pagar besi dan rekabentuk daripada besi. Ahli senireka yang membuat barang seni yang dijualkan di pasaran dan pelukis-pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik sesuai untuknya berniaga sebagai juruelektrik dan pemasangannya. Sesiapa yang banyak pengetahuannya boleh menjual pengetahuannya untuk ceramah, seminar dan lain-lain kursus. Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang perniagaan.

STOK YANG BARU TIBA!!!




PROMOSI UTK MENJADI AHLI

Istimewa acai berry

JUALAN KAMI BULAN FEB'12

AS & LI KNINE

http://www.cemara-p.com.my/